Semakan Ciri-ciri Arahan Tetap Kad Kredit (SI)
Kuala Lumpur, 9 Oktober 2018
Pelanggan yang dihormati,
Adalah dimaklumkan bahawa ciri-ciri Arahan Tetap Kad Kredit (SI) baharu akan berkuatkuasa mulai 1 November 2018.
Anda digalakkan untuk mengekalkan dana yang mencukupi dalam Akaun Simpanan/Semasa anda untuk memudahkan pendebitan SI, bagi mengelakkan caj bayaran lewat, faedah dan fi lain (jika ada). Sekiranya pendebitan SI tidak berjaya, sila pastikan kaedah pembayaran alternatif dibuat kepada kad kredit anda. Terma dan syarat SI kekal tidak berubah.
Kami mengucapkan terima kasih atas sokongan berterusan anda dan kami sentiasa bersedia untuk menawarkan perkhidmatan yang lebih baik kepada anda.
Media Contact
Group Corporate Affairs & Public Relations
Hong Leong Bank Berhad
DID: 03-2081 8888 ext 61916
Email: capr@hongleong.com.my