Semakan Terma dan Syarat
Kuala Lumpur, 6 September 2018
NOTIS PENTING
Semakan Terma dan Syarat
Pelanggan yang Dihormati,
Harap maklum bahawa terdapat semakan kepada Terma dan Syarat Deposit Tetap yang berkaitan perkara berikut :
1. Pengeluaran Separa
Berkuat kuasa 27 September 2018, pengeluaran separa Deposit Tetap dan e-Deposit Tetap adalah dibenarkan tertakluk kepada pengeluaran minimum RM1,000 atau dalam gandaan RM1,000.
2. Pengeluaran Pramatang
Berkuat kuasa 1 Januari 2019, tiada keuntungan akan dibayar bagi pengeluaran pramatang separa atau penuh terhadap Akaun Deposit Tetap (termasuk Deposit Tetap Konvensional, e-Deposit Tetap, ‘Junior FD’, ‘Senior Savers Flexi FD’, ‘Priority Banking Premium FD’, and Deposit Tetap Perniagaan Flexi), tanpa mengira bilangan bulan yang lengkap pada masa pengeluaran pramatang, tertakluk kepada keperluan baki minimum.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Terma dan Syarat yang telah dipinda di bawah.
Terima kasih.
- Terma dan Syarat Umum bagi Akaun yang disemak - EN
- Terma dan Syarat Umum bagi Akaun yang disemak - BM
- Terma dan Syarat bagi Deposit Tetap Perniagaan Flexi yang disemak - EN
- Terma dan Syarat bagi Deposit Tetap Perniagaan Flexi yang disemak - BM
- Terma dan Syarat bagi Deposit Tetap Junior yang disemak - EN
- Terma dan Syarat bagi Deposit Tetap Junior yang disemak - BM
- Terma dan Syarat bagi Deposit Tetap Dalam Talian yang disemak - EN
- Terma dan Syarat bagi Deposit Tetap Dalam Talian yang disemak - BM
Media Contact
Group Corporate Affairs & Public Relations
Hong Leong Bank Berhad
DID: 03-2081 8888 ext 61916
Email: capr@hongleong.com.my