Yang berikut ini juga mungkin menarik minat anda
Ciri & Manfaat
Miliki Rumah Pertama Anda
Skim Rumah Pertamaku membantu pembeli rumah pertama yang muda mendapat sehingga 100% pembiayaan untuk rumah kediaman pertama mereka.
Ini adalah selaras dengan aspirasi Kerajaan untuk meningkatkan kadar pemilikan rumah dalam kalangan rakyat.
Maklumat Lanjut
Kurang Butiran
A: Tidak. Peminjam/pelanggan terpaksa menanggung sepenuhnya jumlah pembiayaan daripada bank yang terlibat (sehingga 100%). Jaminan tersebut hanya melindungi bank yang terlibat daripada sebarang kerugian yang dialami akibat dari pembiayaan yang melebihi aras 90%.
A: Skim ini terbuka kepada warganegara Malaysia dengan pendapatan bulanan tidak lebih daripada RM5,000 bagi setiap pemohon dan tempoh bekerja minimum 6 bulan dengan majikan yang sama.
A: Ya. Semua pemohon (termasuk pemohon bersama) perlu memenuhi kriteria kerakyatan, rumah pertama, pekerjaan, umur dan pendapatan.
Skim ini?
A: Tidak. Pemohon bersama mestilah ahli keluarga, seperti suami dan isteri atau adik beradik sahaja, dan mestilah memenuhi semua kriteria yang ditetapkan.
A: Ya. Skim ini merangkumi kedua-dua harta yang sudah siap dan yang dalam pembinaan. Jaminan tersebut akan berkuatkuasa apabila pembayaran penuh pembiayaan tersebut dibuat.
A: Penilaian harta tersebut adalah tertakluk kepada polisi penajajaminan bank yang berkenaan. Secara amnya, bank akan memberi pembiayaan berdasarkan harga belian atau penilaian (nilai pasaran terbuka) daripada panel jurunilai mereka, yang mana lebih rendah.
A: Tidak. Skim ini tidak merangkumi pembiayaan semula bagi pembiayaan sedia ada.
A: Jenis harta kediaman dan lokasi adalah tertakluk kepada polisi penajajaminan bank yang terlibat.
A: Ya. Pendidikan Kewangan adalah wajib. Ia ditawarkan secara percuma melalui portal dalam talian penilaian kendiri yang mudah disebut "Rumahku" di https://power.akpk.org.my/eLearning/Courses/View/39. Bagi peminjam bersama, semua peminjam mesti menglengkapkan modul ini.
A: Tujuan pembelajaran atas talian "Rumahku" adalah untuk mendidik peminjam / pelanggan mengenai kewajiban dan tanggungjawab kewangan mereka.
A: Ya. Anda diminta untuk memberikan nombor sijil / ID sijil "Rumahku" pembelajaran atas talian untuk permohonan pinjaman / pembiayaan.
A: Ya. Pendidikan Kewangan adalah wajib. Ia ditawarkan secara percuma melalui portal dalam talian penilaian kendiri yang mudah disebut "Rumahku" di https://power.akpk.org.my/eLearning/Courses/View/39.
Bagi peminjam bersama, semua peminjam mesti menglengkapkan modul ini.
A: Tujuan pembelajaran atas talian "Rumahku" adalah untuk mendidik peminjam / pelanggan mengenai kewajiban dan tanggungjawab kewangan mereka.
A: Ya. Anda diminta untuk memberikan nombor sijil / ID sijil "Rumahku" pembelajaran atas talian untuk permohonan pinjaman / pembiayaan.
A: Permohonan boleh dibuat di mana-mana cawangan bank yang terlibat.
A: Ya. Skim ini merangkumi kedua-dua pembiayaan konvensional dan Islam.
A: Tempoh maksimum pembiayaan ialah 35 tahun, atau sampai umur 70, mana-mana yang lebih awal.
A: Peminjam/pelanggan perlu membeli insurans/takaful kebakaran. Walau bagaimanapun, keperluan bagi MRTA/MRTT bergantung kepada keperluan bank yang terlibat.
A: Pembeli rumah perlu membayar fi tempahan dan/atau deposit kepada penjual mengikut terma Perjanjian Jual Beli sementara menunggu pembayaran balik pembiayaan rumah oleh bank. Apabila dokumen pembiayaan lengkap, pembeli rumah akan dibayar balik daripada pembayaran pembiayaan oleh bank.
- Warganegara Malaysia sahaja
- Pembeli Rumah Pertama
- Pendapatan kasar peminjam tunggal tidak melebihi RM5,000 sebulan
- Semua kewajipan membayar semula hutang yang tertunggak daripada bank dan bukan bank (termasuk yang tidak diliputi oleh CCRIS) tidak boleh lebih daripada 60% pendapatan bulanan selepas potongan berkanun (contohnya Cukai, KWSP, PERKESO) atau had maksimum bank yang memberi pinjaman, yang mana lebih rendah.
Dokumen Pendapatan yang Diterima
- Pemohon Individu
Dokumen Pendapatan yang Diterima
- Slip gaji tiga (3) bulan terkini
- Borang BE terkini (disokong dengan resit pembayaran cukai)
- Penyata KWSP terkini
- Penyata Bank tiga (3) bulan terkini / buku bank
- Surat tawaran kerja
Hartanah yang Layak:
- Nilai hartanah sehingga maksimum RM 500,000
- Hartanah kediaman sahaja
- Bagi pegangan pajak, baki pajakan ≥ 60 tahun
- Didiami pemilik
- Salinan Hak Milik Induk/Individu adalah wajib
Syarat-syarat Pembiayaan:
- Hartanah yang telah siap: Tempoh pembiayaan maksimum hingga 35 tahun atau umur 70 tahun, yang mana lebih awal
- Hartanah sedang dalam pembinaan: Tempoh pembiayaan maksimum hingga 33 tahun atau umur 70 tahun, yang mana lebih awal
- Tiada ciri pengambilan semula
- Ansuran dibayar melalui potongan gaji bulanan atau arahan tetap
- Insurans / takaful kebakaran diwajibkan*
Untuk pembelian harta tanah sebanyak RM300,000 dan bawah, pemohon dengan pendapatan isi rumah kasar bulanan tidak melebihi dari RM5,000:
a. Wajib melengkapkan modul pendidikan kewangan atas talian yang disediakan oleh AKPK yang boleh diakses dari portal RumahKu AKPK di https://power.akpk.org.my/eLearning/Courses/View/39
b) Tempoh moratorium 5 tahun
c) Pemohon boleh memilih untuk memenuhi obligasi pembayaran balik bulanan pokok dan bunga / keuntungan sepanjang tempoh pembiayaan; atau memilih untuk pembiayaan bertingkat, di mana pemohon hanya membayar bahagian faedah / keuntungan selama lima tahun pertama tempoh pembiayaan.
* Secara umum, Bank akan membeli insurans / takaful kebakaran bagi pihak pelanggan. Sebagai alternatif, pembeli rumah boleh membeli insurans kebakaran individu mereka sendiri dari syarikat insurans yang mana dicalonkan dari bank sebagai penerima kerugian. Mereka perlu menyerahkan laporan insurans kebakaran setiap tahun kepada Bank, untuk meyakinkan Bank bahawa mereka mempunyai polisi insurans / takaful kebakaran yang sah.
English & Bahasa Malaysia
Bahasa Malaysia
Klik di sini untuk senarai fi dan caj yang lengkap, atau lawati mana-mana cawangan kami untuk mendapatkan maklumat lanjut.