Ciri & Manfaat
Insurans Safe Deposit Locker Insurance (Excess Layer Policy) yang ditaja jamin oleh MSIG Insurance (Malaysia) Bhd ("Syarikat") menawarkan perlindungan untuk kerugian harta benda pelanggan Hong Leong Bank Berhad yang terkandung dalam lokar deposit selamat yang disewa kepada pelanggan oleh Hong Leong Bank Berhad dan ditempatkan dalam bilik kebal deposit selamat premis dan apabila harta benda atau barang atau lokar berada di dalam premis tersebut tetapi berada di luar bilik kebal deposit selamat untuk sementara waktu.
Insurans ini melindungi kerugian atau kerosakan terhadap harta benda anda yang berpunca daripada:
- Kecurian dan/atau Rompakan
- Kerosakan Kebakaran
- Kerosakan Air
- Banjir
Pendaftaran Tanpa Masalah!
Kelayakan
Semua pelanggan Hong Leong Bank yang menyewa kemudahan lokar deposit selamat.
Maklumat Lanjut
Kurang Butiran
Nota Penting: *Perlindungan dan Manfaat tertakluk kepada terma & syarat. Sila rujuk dokumen polisi untuk liputan penuh.
Ditaja jamin oleh MSIG Insurance (Malaysia) Bhd.
Jumlah Diinsuranskan Melebihi RM10,000 |
Premium Tahunan (Termasuk duti setem) (RM) |
---|---|
10,000 |
45 |
40,000 |
110 |
90,000 |
235 |
*Tertakluk kepada Cukai Kerajaan, jika berkenaan
Penafian
Maklumat yang dipaparkan dalam muka surat ini bukanlah suatu kontrak insurans. Penerangan tentang lindungan insurans adalah sekadar ringkasan pendek untuk rujukan pantas dan mudah. Terma dan syaratnya dibentangkan secara terperinci dalam dokumen polisi.
Pelan ini ditaja jamin oleh MSIG Insurance (Malaysia) Berhad, dan diedarkan oleh Hong Leong Bank Berhad. Bank tidak menerima tanggungjawab mahupun liabiliti terhadap pelan atau produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh MSIG Insurance (Malaysia) Berhad.