Manfaat Lumpuh
Bayaran sekali gus akibat kemalangan yang menyebabkan lumpuh atau kecederaan yang mengakibatkan terlantar di katil secara kekal.
Manfaat Tunai Ihsan Bagi Kematian Akibat Kemalangan
Orang tersayang akan menerima wang tunai secara sekaligus sekiranya berlaku kematian akibat kemalangan.
Elaun Rawatan Penjagaan Harian
Membayar elaun penjagaan rawatan harian, sehingga 30 hari.
Premium Berpatutan
Dapatkan perlindungan Kemalangan Peribadi 24 jam seluruh dunia dengan hanya RM0.85 sen sehari.
Tiada Pemeriksaan Perubatan Diperlukan
Kelayakan
Semua pelanggan Hong Leong Bank warga Malaysia, Penduduk Tetap, Pemegang Permit Kerja/Pas Pekerjaan atau bekerja secara sah di Malaysia dan tanggungan mereka berumur antara 40 dan 70 tahun pada tarikh penyertaan pertama, dan boleh diperbaharui sehingga umur maksimum 75 tahun.
Hilang Upaya Kekal
Membayar manfaat tunai sekiranya berlaku hilang upaya menyeluruh/sebahagian yang kekal.
Pembayaran Balik Perbelanjaan Perubatan
Anda akan dibayar balik bagi perbelanjaan perubatan yang ditanggung akibat kemalangan. Anda akan menerima dua kali ganda amaun untuk patah tulang pinggul dan kecederaan saraf tunjang.
Manfaat Tunai Hospital Harian
Membayar elaun tunai untuk setiap hari anda dimasukkan ke hospital akibat kemalangan, sehingga 90 hari. Faedah berganda untuk penjagaan Unit Rawatan Rapi.
Bayar Kurang Jika Mendaftar Bersama Pasangan
Dapatkan diskaun premium 10% untuk pasangan anda.
Pendaftaran Tanpa Masalah
Ditaja jamin oleh MSIG Insurance (Malaysia) Bhd.
*Tertakluk terma & syarat. Sila rujuk dokumen polisi untuk liputan penuh.
Penafian
Maklumat yang dipaparkan dalam muka surat ini bukanlah suatu kontrak insurans. Penerangan tentang lindungan insurans adalah sekadar ringkasan pendek untuk rujukan pantas dan mudah. Terma dan syaratnya dibentangkan secara terperinci dalam dokumen polisi.
Pelan ini ditaja jamin oleh MSIG Insurance (Malaysia) Berhad, dan diedarkan oleh Hong Leong Bank Berhad. Bank tidak menerima tanggungjawab mahupun liabiliti terhadap pelan atau produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh MSIG Insurance (Malaysia) Berhad.