Manfaat Tunai Harian Bagi Rawatan Hospital
Manfaat tunai harian sehingga RM200 sehari (maksimum 365 hari) untuk penginapan hospital akibat penyakit atau kemalangan.
Manfaat Tunai harian Berganda Untuk Kemasukan ICU
Terima manfaat tunai harian berganda(sehingga RM400 sehari, maksimum 60 hari) bagi kemasukan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) akibat penyakit atau kemalangan.
Manfaat Tunai Ihsan Bagi Kematian
Menerima sehingga RM20,000 apabila berlaku kematian orang yang diinsuranskan semasa tinggal di hospital, atau dalam tempoh 14 hari dari tarikh keluar hospital.
Pelan Fleksibel
Pilih daripada pelan yang hanya melindungi anda, atau pelan yang menyertakan pasangan anda yang akan mendapat manfaat daripada diskaun ke atas premium.
Manfaat Tunai Harian Berganda Bagi Rawatan Hospital Disebabkan Serangan Jantung, Kanser Atau Strok
Terima manfaat tunai harian berganda (sehingga RM400 sehari, maksimum 60 hari) untuk kemasukan hospital akibat serangan jantung, kanser, atau strok.
Bayaran Sekaligus Untuk Serangan Jantung, Kanser Atau Strok
Menerima Sehingga RM100,000 Apabila Kejadian Pertama Serangan Jantung, Kanser Atau Strok.
Manfaat Dipertingkatkan
Semua manfaat akan meningkat (iaitu 10% setiap tahun, sehingga 50%) dalam tempoh 5 tahun selepas permulaan polisi, sekiranya tiada tuntutan dibuat bagi setiap tahun pembaharuan.
Kelayakan
Semua pelanggan Hong Leong Bank warga Malaysia, Penduduk Tetap, Pemegang Permit Kerja/Pas Pekerjaan atau bekerja secara sah di Malaysia dan Tanggungan mereka berumur antara 18 dan 50 tahun pada tarikh penyertaan pertama, dan boleh diperbaharui sehingga umur maksimum 60 tahun.
Notis Penting:
Ciri dan manfaat produk tertakluk pada terma dan syarat yang terdapat pada polisi.