Anda mungkin menyukai
Ciri & Manfaat
Pelan Penjagaan Kesihatan yang Lengkap dan Mampu Dimiliki
Satu pelan Insurans Hospital dan Pembedahan komprehensif yang menawarkan rangkaian perlindungan menarik. Anda boleh memilih salah satu daripada 4 opsyen yang didapati dan premium adalah dicaj mengikut kumpulan umur.
Maklumat Lanjut
Kurang Butiran
Perlindungan di Seluruh Dunia 24/7/365
Anda akan dilindungi 24 jam sehari, 7 hari seminggu sepanjang tahun, di mana jua anda berada (Sila rujuk kepada Pengecualian dalam risalah).
Maklumat Lanjut
Kurang Butiran
Perkhidmatan Bantuan Perubatan & Kecemasan Hong Leong Assurance
Hong Leong Assurance telah memeterai kontrak dengan sebuah Organisasi Pengurusan Kesihatan (“Managed Care Organisation”) untuk memberi bantuan 24 jam. Perkhidmatan yang disediakan oleh Syarikat Bantuan Kecemasan* (Emergency Assistance Company) termasuk: rujukan perubatan, pemindahan kecemasan atau repatriasi ketika dalam keadaan yang boleh mengancam nyawa.
*Perkhidmatan-perkhidmatan ini bukan faedah terjamin dan ianya akan ditinjau semula dari masa ke semasa.
Maklumat Lanjut
Kurang Butiran
Opsyen Penolakan
Hayat yang Diinsuranskan bertindak sebagai penanggung insurans sendiri dengan memilih amaun penolakan untuk setiap ketidakupayaan yang diperlukan (amaun perbelanjaan layak yang mana akan ditanggung oleh Hayat yang Diinsuranskan) dan menginsuranskan baki perlindungan yang diperlukan di bawah pelan Hong Leong Medi Saver yang mampu dimiliki. Opsyen-opsyen yang boleh didapati adalah RM5,000; RM10,000; atau RM15,000.
Maklumat Lanjut
Kurang Butiran
Manfaat Tanpa Penolakan
- Tunai Harian Penghospitalan disebabkan oleh kemalangan jalan raya di Lebuhraya Malaysia
- Elaun Tunai Harian untuk setiap hari bermalam di Hospital Kerajaan
- Rawatan Kanser Pesakit Luar
- Rawatan Dialisis Buah Pinggang Pesakit Luar
- Perkhidmatan Bantuan Perubatan & Kecemasan
Maklumat Lanjut
Kurang Butiran
Ditaja jamin oleh Hong Leong Assurance Berhad.
Pelan ini mungkin melayakkan anda untuk pelepasan cukai peribadi, tertakluk pada keputusan muktamad Lembaga Hasil Dalam Negeri.
Kelayakan
- Umur Penyertaan Minimum: 1 bulan
- Umur Penyertaan Maksimum: 70 tahun
Produk ini adalah diunderaitkan oleh Hong Leong Assurance Berhad. Hong Leong Assurance Berhad ialah syarikat insurans yang dilesenkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 dan dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia.
Maklumat Lanjut
Kurang Butiran
Penafian
Maklumat yang dipaparkan dalam muka surat ini bukanlah suatu kontrak insurans. Penerangan tentang lindungan insurans adalah sekadar ringkasan pendek untuk rujukan pantas dan mudah. Terma dan syaratnya dibentangkan secara terperinci dalam dokumen polisi.
Pelan ini ditaja jamin oleh Hong Leong Assurance Berhad, dan diedarkan oleh Hong Leong Bank Berhad. Bank tidak menerima tanggungjawab mahupun liabiliti terhadap pelan atau produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Hong Leong Assurance Berhad.