Anda mungkin menyukai
Ciri-ciri & Manfaat
Potensi keuntungan kewangan
Anda boleh mengoptimumkan potensi pendapatan dengan melabur dalam rangkaian pelbagai dana berkaitan pelaburan yang memenuhi selera risiko anda.
Maklumat Lanjut
Kurang Butiran
Komitmen jangka pendek
Anda hanya perlu membayar premium selama 5 tahun untuk tempoh perlindungan selama 25 tahun¹.
Maklumat Lanjut
Kurang Butiran
Perlindungan hayat
Perlindungan tambahan dipertingkatkan
Anda boleh memilih untuk meningkatkan perlindungan anda dengan membayar premium tambahan untuk rider-rider berikut:
- Personal Accident ProRider
Jumlah Diinsuranskan Rider akan dibayar apabila berlaku kematian atau TPD akibat kemalangan. Faedah Elaun Ihsan sejumlah RM500 juga akan dibayar sekaligus apabila berlaku kematian berpunca daripada apa-apa sebab.
- Waiver of Premium Riders (Pro Series)
Bergantung kepada rider yang dipilih, premium anda akan diketepikan jika berlaku kematian, TPD² atau Ketidakupayaan Masa Tua (OAD)³, atau didiagnosis dengan mana-mana satu daripada 48 Penyakit Kritikal yang dilindungi. Ini akan memastikan kesinambungan polisi anda untuk mencapai matlamat simpanan anda.
Proses permohonan yang mudah
Nikmati proses permohonan yang mudah tanpa memerlukan sebarang pemeriksaan perubatan, jika anda berumur 60 tahun atau ke bawah , tertakluk kepada terma dan syarat.
Frekuensi Pembayaran Premium Fleksibel
Bayaran boleh dibuat secara bulanan, setiap suku, separa tahunan atau tahunan melalui bayaran tunai, cek, kad kredit atau debit auto.
Maklumat Lanjut
Kurang Butiran
Kelayakan
- Umur Penyertaan Minimum: 30 hari
- Umur Penyertaan Maksimum: 70 tahun
- Jumlah Premium Tahunan Minimum: RM3,000
- Jumlah Premium Tahunan Maksimum: Tertakluk kepada pengunderaitan
¹ Tertakluk kepada kecukupan nilai akaun untuk menolak caj insurans bulanan, yuran polisi, dan sebarang cukai yang dikenakan kepada pelan asas.
² Faedah TPD akan terpakai sekiranya TPD berlaku sebelum umur 65 tahun. Faedah TPD akan dibayar menurut peruntukan syarikat.
³ Faedah OAD akan terpakai sekiranya OAD berlaku dari umur 65 tahun dan ke atas. Faedah OAD akan dibayar menurut peruntukan syarikat.
Maklumat Lanjut
Kurang Butiran
Produk ini adalah diunderaitkan oleh Hong Leong Assurance Berhad. Hong Leong Assurance Berhad ialah syarikat insurans yang dilesenkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 dan dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia.
Penafian
Maklumat yang dipaparkan dalam muka surat ini bukanlah suatu kontrak insurans. Penerangan tentang lindungan insurans adalah sekadar ringkasan pendek untuk rujukan pantas dan mudah. Terma dan syaratnya dibentangkan secara terperinci dalam dokumen polisi.
Pelan ini ditaja jamin oleh Hong Leong Assurance Berhad, dan diedarkan oleh Hong Leong Bank Berhad. Bank tidak menerima tanggungjawab mahupun liabiliti terhadap pelan atau produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Hong Leong Assurance Berhad.