Anda mungkin menyukai
Ciri-ciri & Manfaat
Aliran Bayaran Tunai Terjamin
Nikmati Bayaran Tunai Terjamin (GCP) dari sebanyak 21%¹ daripada premium tahunan. GCP akan dibayar setiap dua tahun bermula dari akhir tahun polisi pertama sehingga polisi matang atau ditamatkan, yang mana lebih awal. Anda hanya akan menerima 50% daripada amaun GCP anda pada tahun polisi pertama dan ketiga, dengan amaun GCP penuh dibayar bermula dari tahun polisi kelima dan seterusnya.
Maklumat Lanjut
Kurang Butiran
Komitmen Jangka Pendek
Anda hanya perlu membayar premium selama 5 tahun untuk tempoh perlindungan selama 25 tahun².
Maklumat Lanjut
Kurang Butiran
Perlindungan Hayat
Apabila berlaku kematian atau TPD³ atas sebarang sebab, jumlah amaun yang dibayar daripada pelan asas dan Hong Leong Cash ProRider⁴ adalah seperti di bawah:
Maklumat Lanjut
Kurang Butiran
Potensi Keuntungan Kewangan
Anda boleh mengoptimumkan potensi pendapatan dengan melabur dalam rangkaian pelbagai dana berkaitan pelaburan bergantung kepada selera risiko anda.
Maklumat Lanjut
Kurang Butiran
Tanpa Kerugian⁵
Anda boleh pastikan bahawa anda akan menerima sekurang-kurangnya premium yang telah anda melabur apabila polisi matang. Jumlah GCP dan manfaat kematangan terjamin yang diterima akan bersamaan dengan 100% jumlah premium yang telah dibayar.
Maklumat Lanjut
Kurang Butiran
Faedah Pilihan
Anda boleh memilih untuk meningkatkan perlindungan anda dengan membayar premium tambahan untuk Waiver of Premium Riders (Pro Series)
Maklumat Lanjut
Kurang Butiran
Frekuensi Pembayaran Premium Fleksibel
Bayaran boleh dibuat secara bulanan, setiap suku, separa tahunan atau tahunan melalui bayaran tunai, cek, kad kredit atau debit auto.
Maklumat Lanjut
Kurang Butiran
Kelayakan
- Umur Penyertaan Minimum: 30 hari
- Umur Penyertaan Maksimum: 70 tahun
- Jumlah Premium Tahunan Minimum: RM6,000⁶
- Jumlah Premium Tahunan Maksimum: Tertakluk kepada pengunderaitan
¹Tertakluk kepada pakej yang dibeli dan terpakai untuk hayat standard.
²Tertakluk kepada kecukupan nilai akaun untuk menolak caj insurans bulanan, yuran polisi, dan sebarang cukai yang
dikenakan kepada pelan asas.
³Faedah TPD akan terpakai sekiranya TPD berlaku sebelum umur 65 tahun. Faedah TPD akan dibayar menurut
peruntukan syarikat.
⁴Manfaat Kematian/TPD dari Hong Leong Cash ProRider ditentukan sebagai gandaan amaun GCP bergantung
kepada waktu kejadian.
⁵Hanya terpakai jika tiada rider lain selain Hong Leong Cash ProRider dilampirkan.
⁶Ini adalah jumlah pakej premium terdiri daripada premium tahunan Hong Leong SMART Value Plus Insurance dan Hong Leong Cash ProRider.
Maklumat Lanjut
Kurang Butiran
Produk ini adalah diunderaitkan oleh Hong Leong Assurance Berhad. Hong Leong Assurance Berhad ialah syarikat insurans yang dilesenkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 dan dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia.
- Komitmen Jangka Pendek Bayar premium hanya selama 5 tahun untuk tempoh perlindungan 25 tahun*.
- Jaminan perlindungan untuk anda dan keluarga Jaminan insurans selama 25 tahun* bagi kematian atau Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal (TPD)1. Amaun yang dibayar tidak akan kurang daripada jumlah premium yang telah dibayar.
- Pulangan Gunakan kelebihan potensi peningkatan dengan melabur dalam sekumpulan dana berkaitan pelaburan yang terdiri daripada dana harga unit matang terjamin kepada bon dan dana ekuiti, bergantung pada selera risiko anda.
Nota:
*Tertakluk pada nilai dana yang cukup untuk menolak caj insurans bulanan dan yuran polisi pelan asas.
Manfaat TPD akan terpakai sekiranya TPD berlaku sebelum umur 65 tahun menurut peruntukan syarikat.
Ditaja jamin oleh Hong Leong Assurance Berhad.
Pelan ini mungkin melayakkan anda untuk pelepasan cukai peribadi, tertakluk pada keputusan muktamad Lembaga Hasil Dalam Negeri.
English
Bahasa Malaysia
Others
Penafian
Maklumat yang dipaparkan dalam muka surat ini bukanlah suatu kontrak insurans. Penerangan tentang lindungan insurans adalah sekadar ringkasan pendek untuk rujukan pantas dan mudah. Terma dan syaratnya dibentangkan secara terperinci dalam dokumen polisi.
Pelan ini ditaja jamin oleh Hong Leong Assurance Berhad, dan diedarkan oleh Hong Leong Bank Berhad. Bank tidak menerima tanggungjawab mahupun liabiliti terhadap pelan atau produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Hong Leong Assurance Berhad.