Perlindungan & Manfaat
Pelan Perlindungan Kad Debit ialah pelan perlindungan kemalangan diri 24 jam di seluruh dunia yang akan memampasi anda untuk kecederaan, kehilangan upaya atau kematian akibat kemalangan. Pelan ini juga merangkumi faedah kesulitan seperti Elaun Kesulitan yang berpunca daripada Pencurian Identiti, Kehilangan Barang Berharga Peribadi akibat Pencurian Ragut atau Rompakan, Perlindungan Pengeluaran ATM dan Pembayaran Ganti Perbelanjaan Perubatan akibat Pencurian Ragut atau Rompakan.
Kematian Akibat Kemalangan
Membayar bayaran sekaligus sekiranya berlaku kematian akibat kemalangan.
Maklumat Lanjut
Kurang Butiran
Kehilangan Keupayaan Kekal
Membayar faedah tunai sekiranya berlaku kehilangan keupayaan kekal keseluruhan / sebahagian.
Maklumat Lanjut
Kurang Butiran
Elaun kesulitan akibat pencurian identiti
Bayaran sekaligus sebanyak RM500 sekiranya berlaku Pencurian Identiti Kad Debit HLB oleh Pihak Diinsuranskan melibati caj tanpa kebenaran / kehilangan wang, dengan syarat laporan polis diserahkan dalam masa 24 jam berlakunya.
Maklumat Lanjut
Kurang Butiran
Kehilangan barang berharga peribadi akibat pencurian ragut atau rompakan
Pembayaran ganti untuk kehilangan Kesan Peribadi yang disebabkan oleh pencurian ragut atau rompakan berlaku di luar kediaman persendirian Pihak Diinsuranskan, dengan syarat laporan polis diserahkan dalam masa 24 jam berlakunya.
Maklumat Lanjut
Kurang Butiran
Perlindungan pengeluaran ATM (dalam masa 30 minit pengeluaran tunai ATM)
Pembayaran ganti untuk kehilangan Tunai yang disebabkan oleh pencurian ragut atau rompakan berlaku dalam masa 30 minit pengeluaran tunai ATM, dengan syarat laporan polis diserahkan dalam masa 24 jam berlakunya.
Maklumat Lanjut
Kurang Butiran
Pembayaran ganti perbelanjaan perubatan akibat pencurian ragut atau rompakan
Pembayaran ganti untuk yuran perubatan, pembedahan, hospital, kejururawatan dan ambulans yang ditanggung akibat pencurian ragut / rompakan.
Maklumat Lanjut
Kurang Butiran
Kelayakan
Produk ini boleh dinikmati oleh semua pemegang Kad Debit Hong Leong Bank yang berwarga Malaysia, Pemastautin Tetap yang bermastautin di Malaysia dan orang tanggungan mereka yang berusia antara 18 hingga 99 tahun pada tarikh pendaftaran pertama mereka dan boleh diperbaharui sehingga usia maksimum 100 tahun. Warga Malaysia yang bermastautin di luar Malaysia tertakluk kepada terma-terma yang berlainan.
Maklumat Lanjut
Kurang Butiran
Nota Penting: *Perlindungan dan Manfaat tertakluk kepada terma & syarat. Sila rujuk dokumen polisi untuk liputan penuh
Ditaja jamin oleh MSIG Insurance (Malaysia) Bhd.
Pendaftaran Tanpa Masalah
Manfaat |
RM |
---|---|
Kematian Akibat Kemalangan |
10,000 |
Kehilangan Keupayaan Kekal |
10,000 |
*Elaun kesulitan akibat pencurian identiti (bayaran sekali gus) |
500 |
*Kehilangan barang berharga peribadi akibat pencurian ragut atau rompakan (berasaskan pembayaran ganti) |
500 |
*Perlindungan pengeluaran ATM (dalam masa 30 minit pengeluaran tunai ATM) (berasaskan pembayaran ganti) |
500 |
*Pembayaran ganti perbelanjaan perubatan akibat pencurian ragut atau rompakan |
500 |
Nota:
* Dibenarkan menuntut satu (1) kali sepanjang tempoh insurans.
Annual Premium |
RM |
---|---|
Insured Person |
28.30 |
*Tertakluk kepada Cukai Kerajaan, jika berkenaan
Penafian
Maklumat yang dipaparkan dalam muka surat ini bukanlah suatu kontrak insurans. Penerangan tentang lindungan insurans adalah sekadar ringkasan pendek untuk rujukan pantas dan mudah. Terma dan syaratnya dibentangkan secara terperinci dalam dokumen polisi.
Pelan ini ditaja jamin oleh MSIG Insurance (Malaysia) Berhad, dan diedarkan oleh Hong Leong Bank Berhad. Bank tidak menerima tanggungjawab mahupun liabiliti terhadap pelan atau produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh MSIG Insurance (Malaysia) Berhad.