AppAuthorise ialah ciri keselamatan yang diperlukan untuk meluluskan pembayaran atau pemindahan (yang dilakukan melalui Perbankan Dalam Talian/Perbankan Mudah Alih HLB Connect) yang dahulunya memerlukan SMS TAC.

Notifikasi akan dihantar ke peranti mudah alih anda (dimana Aplikasi HLB Connect telah ditetapkan). Setelah mengetik pada notifikasi, anda akan dapat melihat butiran transaksi anda dan ‘Sahkan' atau 'Tolak' transaksi melalui Aplikasi HLB Connect. 

Klik di sini untuk melihat Soalan Lazim tentang AppAuthorise.

 

Bagaimana caranya?

Initiate a RM10,000 and above payment/ transfer to non-favourite recipients

Langkah 1:

Mulakan pembayaran/pindahan atau mohon produk & perkhidmatan pembiayaan pada HLB Connect Online dan/atau Aplikasi HLB Connect.

Review details Authorise or reject the transaction on Connect App

Langkah 2:

Semak butiran dan membenarkan atau menolak permintaan pada Aplikasi HLB Connect

Transaction status Check transaction status on Connect Online Banking

Langkah 3:

Semak status transaksi

 

SMS TAC masih diperlukan untuk fungsi berikutnya:

Pendaftaran HLB Connect baharu dan naik taraf akaun HLB Connect sedia ada

Tetap semula atau menukar nama pengguna dan/atau kata laluan HLB Connect anda

Menukar gambar keselamatan HLB Connect anda

Log masuk kali pertama ke Aplikasi HLB Connect

 

Masih belum ada Aplikasi HLB Connect? Imbas sekarang untuk memuat turun:

Download Connect App QR

1) Jika anda adalah pengguna HLB Connect sedia ada dan memuat turun Aplikasi HLB Connect buat kali pertama, hanya log masuk ke Aplikasi HLB Connect anda dan ikut arahan untuk meneruskan.
 

Sebagai sebahagian daripada pengesahan, anda akan diminta untuk memasukkan TAC 6 digit yang dihantar ke nombor telefon bimbit anda, nombor ID (Nombor Kad Pengenalan/Pasport/Perniagaan) dan PIN Kad/ID Sementara. Setelah anda memberikan semua butiran di atas, Aplikasi HLB Connect anda akan didayakan secara automatik pada Aplikasi HLB Connect anda.
 

2) Jika anda mendaftar untuk HLB Connect buat kali pertama, selepas anda melengkapkan proses pendaftaran, sila ikuti salah satu langkah berikut:
 

  • Jika anda adalah pemegang kad kredit atau debit/-i yang aktif, log masuk ke Aplikasi HLB Connect dan ikut arahan untuk meneruskan.
  • Jika anda adalah pemegang kad kredit atau debit/-i baharu, sila pastikan kad anda telah diaktifkan dan anda telah mencipta PIN kad yang baharu sebelum anda log masuk melalui Aplikasi HLB Connect. PIN sementara kad anda tidak boleh digunakan untuk menetapkan Aplikasi HLB Connect.
  • Jika anda tidak mempunyai kad kredit atau debit/-i, anda perlu mendapatkan ID Sementara sebelum anda log masuk melalui Aplikasi HLB Connect.


AppAuthorise akan didayakan secara automatik selepas anda melengkapkan langkah di atas.

Jika anda tidak melihat/menerima notifikasi AppAuthorise pada Aplikasi HLB Connect anda apabila anda melakukan transaksi (yang memerlukan AppAuthorise) di HLB Connect Online, anda hanya perlu ketik pada ikon AppAuthorise di bahagian bawah skrin log masuk Aplikasi HLB Connect anda untuk melancarkan skrin AppAuthorise anda.

Jika anda tidak menerima notifikasi, ini mungkin disebabkan oleh:
i. Peranti mudah alih anda tidak mempunyai sambungan Internet yang aktif. Sila dayakan sambungan Internet pada peranti mudah alih anda untuk memastikan kelancaran transaksi.

ii. Anda belum mendayakan notifikasi untuk Aplikasi HLB Connect pada peranti mudah alih anda. Sila pastikan notifikasi telah didayakan untuk Aplikasi HLB Connect pada peranti mudah alih anda untuk memastikan kelancaran transaksi.


Untuk Peranti iOS:

1. Ketik pada 'Tetapan'

2. Ketik pada 'Pemberitahuan'

3. Cari 'HLB Connect' dan ketik padanya

4. Ketik pada 'Benarkan Pemberitahuan'

 

Untuk Peranti Android:

1. Ketik pada 'Tetapan'

2. Ketik pada 'Pemberitahuan'

3. Cari 'HLB Connect' dan ketik padanya

4. Ketik pada 'Tunjukkan Pemberitahuan'

 

Untuk Peranti Huawei:

1. Ketik pada 'Tetapan'

2. Ketik pada 'Apl'

3. Cari 'HLB Connect' dan ketik padanya

4. Ketik pada 'Tunjukkan Pemberitahuan'

Untuk transaksi di HLB Connect, AppAuthorise adalah wajib:

  • Untuk pengeluaran eDeposit Tetap/-i
  • Untuk pembayaran atau pemindahan bukan kegemaran dengan jumlah RM10,000 atau lebih
  • Apabila jumlah terkumpul untuk pemindahan dana dan pembayaran anda mencecah RM5,000 setiap hari


Jika anda tidak mempunyai AppAuthorise, anda tidak akan dapat meneruskan transaksi ini.