Notis Penting – Amalan-amalan Terbaik untuk Saudagar
Kuala Lumpur, 20 Disember 2018
Kepada saudagar yang dihormati,
Kami ingin memaklumkan kepada semua saudagar supaya sentiasa mematuhi terma dan syarat seperti yang termaktub di dalam perjanjian saudagar.
Berikut adalah beberapa amalan terbaik yang disyorkan.
Sila pastikan...
- kedudukan terminal di kawasan yang senang dilihat oleh pemegang kad.
- kedudukan dan panjang wayar terminal adalah mencukupi untuk pemegang kad menekan nombor PIN.
- anda mempamerkan pelekat Visa, MasterCard, MyDebit, PIN & PAY dan WeChat Pay (Jika berkenaan) di kaunter wang tunai atau pintu masuk.
- jumlah amaun tip adalah betul sebelum pemegang kad memasukkan nombor PIN semasa anda menggunakan fungsi tip.
Dilarang...
- mengenakan bayaran tambahan untuk transaksi melalui debit/kredit kad.
- mengenakan amaun minimum untuk transaksi melalui kad debit / kredit.
- meleretkan kad debit/kredit sebanyak dua kali.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada Terma dan Syarat kami di www.hlb.com.my/merchant-tnc dan layari laman web kami di www.hlb.com.my/merchant untuk maklumat terkini.
Dengan ikhlas,
Perkhidmatan Pembayaran dan Saudagar
Hong Leong Bank
Media Contact
Group Corporate Affairs & Public Relations
Hong Leong Bank Berhad
DID: 03-2081 8888 ext 61916
Email: capr@hongleong.com.my