BNM Kemudahan Peralihan Karbon Rendah (LCTF)
Kemudahan Peralihan Rendah Karbon (LCTF) ialah skim pembiayaan oleh BNM untuk menggalakkan dan menyokong PKS menerapkan amalan kelestarian bagi daya tahan perniagaan. Ia termasuk aktiviti untuk menambahbaik kecekapan tenaga, meningkatkan penggunaan bahan diakui lestari dalam pengeluaran dan mendapatkan pensijilan kelestarian.
Ciri-Ciri Utama |
|
---|---|
Nama Skim |
BNM Kemudahan Peralihan Karbon Rendah (LCTF) |
Objektif |
Menggalakkan dan menyokong PKS menerapkan amalan kelestarian bagi daya tahan perniagaan |
Kriteria kelayakan |
PKS1 dalam semua sektor |
Tujuan pembiayaan |
Untuk membiayai perbelanjaan modal atau modal kerja bagi memulakan atau memudahkan peralihan kepada operasi rendah karbon dan lestari |
Tempoh pembiayaan |
Sehingga 10 tahun |
Saiz pembiayaan setiap PKS |
Maksimum RM10 juta |
Kadar pembiayaan kepada PKS |
Kadar pembiayaan maksimum 5.0% setahun, termasuk fi jaminan (jika ada) |
Jaminan |
Skim jaminan yang tersedia di bawah Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad (CGC) / Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan Berhad (SJPP) |
Tempoh permohonan |
3 Februari 2022 sehingga peruntukan digunakan sepenuhnya |
1Sekurang-kurangnya 51% saham dipegang oleh rakyat Malaysia dan seperti yang ditakrifkan oleh Garis Panduan bagi Definisi PKS yang disediakan oleh SME Corp. Malaysia. Garis panduan ini boleh diakses melalui
https://www.smecorp.gov.my/images/pdf/2020/Garis_Panduan_DefinisiPKS_dikemaskini.pdf
Nota: Kelulusan muktamad pembiayaan adalah berdasarkan penilaian kredit oleh pihak Bank.
Pelanggan PKS yang berminat boleh memohon skim pembiayaan ini melalui Pengurus Perhubungan PKS kami.
Sebagai alternatif, anda boleh memberikan maklumat perniagaan anda melalui butang pautan “Saya Berminat” dan Pengurus Perhubungan PKS kami akan menghubungi anda.