Gambar Keseluruhan HL ConnectFirst
Aktifkan kecekapan dan kemudahan perniagaan anda dengan penyelesaian menyeluruh yang direka khas agar perniagaan anda beroperasi dengan lancar. Hong Leong ConnectFirst membantu menguruskan perniagaan pengurusan tunai anda dengan berkesan dan cekap.
Hong Leong ConnectFirst
Platform Tanpa Batasan Untuk Keperluan Perniagaan Anda.
Tonton video untuk mengetahui lebih lanjut.
Hong Leong ConnectFirst menawarkan:
Dengan Hong Leong ConnectFirst, anda boleh:
PENGURUSAN AKAUN
Kuasai Akaun Anda
Kawal kewangan perniagaan anda. Ketahui aliran tunai perniagaan anda dengan perkhidmatan Pengurusan Akaun dalam talian kami dan semak segala aktiviti akaun syarikat anda yang terkini 24 jam sehari.
- Periksa baki akaun anda
- Semak dan muat turun urus niaga terkini dan terdahulu
- Semak dan muat turun atau cetak penyata harian atau bulanan
- Semak dan muat turun nota debit & kredit
- Semak dan muat turun penyata MT 940 atau MT 942
- Semak status pembayaran dalam dan luar sempadan dengan FTT Tracker
- Gabungkan dana anda dari semua akaun di bank lain ke dalam akaun Hong Leong anda untuk kawalan dan pengawasan yang lebih baik dengan Cash Concentration
Urusan Cek Anda
Uruskan maklumat cek syarikat anda secara dalam talian.
- Periksa baki akaun anda
- Semak status cek
KUTIPAN
Tingkatkan Bayaran Yang Belum Anda Terima
Ketahui pelbagai pilihan yang sesuai untuk membantu meningkatkan bayaran yang belum diterima dan memperbaiki pengurusan kutipan.
- Tingkatkan bayaran yang belum anda terima melalui pengeluaran e-invois kepada pelanggan anda
- Ketahui sistem yang selamat dan interaktif yang membolehkan anda mengurangkan kos dan meningkatkan kecekapan terhadap rantaian bekalan kewangan
- Berikan pengurusan kutipan anda dengan penyelesaian pembayaran dan rekonsiliasi yang mudah
- Semak semua transaksi yang dibayar dan belum diterima secara dalam talian, agar anda boleh membuat pertanyaan, meluluskan, menguruskan dan membayar transaksi dengan hanya satu klik
PEMBAYARAN
Selaraskan Aliran Tunai Anda Dengan Pengurus
Nikmati pelbagai perkhidmatan pembayaran dengan jaminan keselamatan dan sekuriti yang dipertingkatkan untuk membayar pembekal, pekerja dan bil.
- Pindahan dana yang mudah dengan pemberitahuan emel serta-merta
- Pilihan untuk membuat pinjaman/pembiayaan dan pembayaran bil anda melalui template dalam talian
- Pembayaran awal dan pindahan sehingga 30 hari lebih awal
- Pembayaran cukai dan pilihan untuk pembayaran utiliti dan bil-bil lain secara dalam talian dengan selamat melalui JomPAY
- Pindahan wang dalam negara atau luar negara dengan mudah
- Tetapan pembayaran melalui arahan tetap
- Uruskan pembayaran gaji dan pembayaran badan berkanun dengan mudah (EPF, SOCSO, Cukai Pendapatan & Lembaga Tabung Haji)
- Pilihan untuk pindahan dana, bayaran gaji dan bayaran badan berkanun anda melalui fail yang dimuat naik
- Bayar bil kad kredit HLB secara langsung
- Pertukaran Prosesan Kewangan (FPX) ialah penyelesaian dalam talian yang mudah dan selamat yang membenarkan pendebitan pada masa nyata di akaun perbankan internet pelanggan anda dari pelbagai bank
- Pilihan untuk pindahan dana secara serta-merta ke bank lain melalui Pindahan Segera
- Boleh melakukan “e-Share” dan “e-Dividend”
DUITNOW
Terima dan pemindahan dana dengan segera 24/7
- Terima dana melalui No. Pendaftaran Perniagaan dan No. Akaun dengan segera.
- Pemindahan dana melalui No. Pendaftaran Perniagaan, No. Akaun, No. Telefon Bimbit, No. Kad Pengenalan dan No. Pasport.
- Rekonsiliasi masa nyata
- Selamat dan kebolehpercayaan
- Nama syarikat akan dipaparkan semasa DuitNow ID diisikan
PERBENDAHARAAN
Maklumat Kadar Mudah Didapati
Akses ke maklumat perbendaharaan dengan hanya satu klik sahaja.
- Pertanyaan ke atas maklumat Pasaran Wang
- Semak kadar Tukaran Matawang Asing (FOREX) dengan mudah
PENGURUSAN KECAIRAN
Jadikan Dana Anda Berusaha Dengan Lebih Gigih
Optimumkan proses pengurusan dana dan tingkatkan kecekapan perbendaharaan anda dengan penyelesaian tunai yang sesuai.
- Maksimumkan pendapatan keuntungan
- Dana subsidiari diuruskan secara berpusat
- Memperbaiki penyelesaian pengurusan tunai dan pengurusan dana berlebihan
- Pantau pergerakan tunai antara syarikat
- Tingkatkan kawalan dan menyelaraskan visi dan unjuran dana
- Menjana laporan “Sweeping & Pooling”
PERDAGANGAN
Maklumat Perdagangan Di Hujung Jari Anda
Dapatkan akses untuk transaksi perdagangan dan butiran kemudahan syarikat anda yang terkini secara dalam talian.
- Dapatkan sejarah urus niaga anda dengan mudah
- Akses had dan penggunaan perdagangan anda
- Muat turun borang perdagangan, makluman debit & kredit dan invois cukai
Notis Penting
Sila klik SINI untuk senarai fi dan caj yang lengkap.
Daftar dengan Hong Leong ConnectFirst sekarang
Berminat atau perlukan maklumat lanjut?
· Hubungi Pengurus Perhubungan Hong Leong Islamic Bank (HLISB) / Hong Leong Bank (HLB) anda
· Kunjungi mana-mana cawangan kami
· Layari www.hlisb.com.my /www.hlb.com.my
· Hubungi Bantuan Pelanggan di 03-7661 7777
· Emel ke cmp@hlbb.hongleong.com.my
Klik di sini untuk Piagam e-Perbankan